Rabu, 20 April 2011

WaNitA, JaDiLaH BunGa YaNg InDaH


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia.

Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia,

seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.

Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan.

Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.

Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.

Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.

Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.

Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.

Jadilah laksana Nakhoda

Ke mana diarah di situlah perginya,

alangkah dayusnya dia.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk

dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,

merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi,

kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,

lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.

Cantik warnanya, harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,

sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.

Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.

Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.

Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.

Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.

Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.

Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.

Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.

Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.

Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah

(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.

Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,

cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.

Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.

Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing

dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.

Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia adalah dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.

Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu,

untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.

Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.

Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.

Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.

Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)

Selasa, 19 April 2011

DiA DaTaNg


" i nak settlekan pekare ni malam ni jugak". Ati aku ni da dup dap dup dap.. " sudi tak jadi teman hidup i " kuang kuang kuang... Lamaran ke dua untuk aku.. bak kate dia "dengan gile dan berani nye aku bertanye untuk kali kedua"
Haaiisyyy die datang dalam keadaan aku sendiri tak bersedia sepenuh nye...Lillahitaala, hanye DIA je yang tahu hati aku saat tu...Kata-kata ku sudah memakan diri ku sendiri... That i was remember now, NEVER SAY NEVER... Aku merancang, sedangkan ALLAH jugak sedang merancang dan dengan rela hati aku menerima perancangannye...
Tak kenal maka tak cinta. He ask me "ape yang wat u yakin " dengan tak malunye aku jawab "i like you too" hhuuuaaaa.... Dari akukah kata-kata itu...=) Ape pun aku tetap serahkan hidup dan hati ku pada yang Maha mengetahui. Persediaan mental dan fizikal untuk melayari bahtera sangat diperlukan.
We start from a friendship and what ever happend we still a friend... "you are not something but you are everything".
Ya ALLAH, yang Maha mengetahui, kami serahkan segalanya pada Mu. Moga persahabatan kami dalam Redha Mu...

Hablun Minallah
InsyaALLAH

Selasa, 12 April 2011

Kau dan Aku


buat hati ku yang aku rindukan..
tidak lebih daripada DIA pemberi rindu..
saat kau dan aku bernafas menghirup udara yang sama
detik aku dan kau bersujud menghadap DIA yang satu
tika aku dan kau menjunjung kitab yang serupa
KITA ADALAH SAMA DAN SERUPA

hari ini akan menjadi kemarin yang indah
bila aku bersama mu dalam rahmatnya
cinta yang tak pernah aku harapkan
menerpa dalam lubuk jiwa ku

keizinanNya untuk kau aku cintai
menjunjung anugerah Ilahi
agar kau lepas dari sunyi
mengagungkan DIA yang suci

ya ALLAH, aku memohon kecintaanmu, kecintaan orang yang sentiasa mencintaimu, kecintaan apa sahaja yang mendekatkan diriku kepadamu dan masukkan aku kesyurga bersama sama kecintaan itu.

hablun minallah..

insyaallah

Khamis, 11 November 2010

KhaTaM aL QuRaN


09 November 2010...

Salam penuh keberkatan buat diri ku yang sentiasa mencari kedamaian dan ketenangan dan para sahabat yang sedang berjuang untuk Fastabiqulkhairat ( berlumba - lumba ke arah kebaikan ). Alhamdulillah, besyukur aku ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya aku berkhatam untuk tahun ini.. Target aku untuk khatam pada setiap tahun masih diberi kesempatan dan insyaallah aku akan meneruskan sehingga penghujung nyawa ku.. Dan besar harapan ku ingin terus memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri ini untuk menjadi manusia yang wangi di sisi Allah.. Sempena hari khatam aL Quran ini aku sajikan dengan sedikit input yang aku dapat dari artikal yang aku rase boleh kite kongsikan bersama sebagai muhasabah diri..

Dah Berapa Kali?
" Apa yang da berapa kali? Soalan tak jelas la". Itu mungkin persoalan yang timbul saat melihat tajuk ini. Jika dijelaskan, maka soalannya berbunyi begini, "Dah berapa kali khatam aL Quran?" Ohh kini fahamlah.. Jika soalan ini ditanya, pasti pelbagai jawapan akan diberi. Ada yang tidak ingat sudah berapa kali khatam ada juga yang hanya sekali sahaja seumur hidup. Itupun waktu kecil dahulu yang sempat membuat majlis khatam beramai-ramai. Ada yang khatam setiap kali Ramadhan namun masih gagal mrngkhatamkan aL Quran di luar bulan Ramadhan. Tetapi bagi mereka yang khatam lebih daripada sekali setahun, maka tahniah!
aL Quran dapat dikhatamkan sekali setahun jika membaca aL Quran secara konsisten dua muka surat sehari sahaja. Mudah bukan? Namun masih ada yang memberi alasan kononnya tiada masa wal hal aL Quran tersinpan rapi selepas takbir raya bergema.
Dalam sebuah hadis riwayal al-Baihaqi dalam Dalailul Nabuwah, baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Malaikat akan mengucup kening orang yang khatam aL Quran." Malah sebaik khatam doa juga mustajab.

InsyaALLAH, Ameenn

Rabu, 20 Oktober 2010

mALaM iNi

Salam mujahadah buat insani yang dalam redhanya... Subahanallah... Tanpa aku sedar nikmat yang terlalu banyak aku peroleh dari Nya... Malam yang bertemankan sepi dan air mata tat kala hati ini dibuai buai dengan rindu yang tidak tertanggung kepada bonda dan ayahanda ku... Tanpa aku sedar air mata ini menitis mendengar suara abah ku yang sekian lama aku mimpikan... Kata-kata nasihatnya membuatkan aku sebak kerana mengenangkan mampukah aku menjadi anak yang boleh dibanggakan... Abah, terima kasih atas didikan mu...

LAHAULAWALAKUATAILLABILLAH
Ya ALLAH, sesungguhnya aku hamba mu yang ingin mendapatkan redhamu dalam mujahadah ini... Ya, Jalan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...
Bunga islam yang makin mekar di taman larangan, doa seorang sahabat buat ku... Terima kasih kak Mai mendoakan saya menjadi bunga islam yang mekar... Semoga saya diberi kekuatan dalam usaha memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri...
Mengenangkan amal yang dilakukan seperti setitik air di hujung jari... Astagfirullah... Ya Tuhan bawalah aku ke jalan mu... Semoga aku istiqamal dalam melakukan kebaikan... Aku mohon kebaikan untuk dunia ku dan akhirat ku....

ku merintih,
aku menangis,
ku meratap,
aku mengharap,
aku meminta,
dihidupkan semula,
agar dapat kembali ke dunia nyata.
aammeeenn...
LILLAHITAALA..

Selasa, 28 September 2010

KeMAaFaN

Tepat jam 5 petang... Pusing kiri pusing kanan... Ya Allah aku masih menggunakan nikmat mu untuk terus hidup di muka bumi mu... Salam penuh kasih sayang buat para sahabat ku yang sentiasa di samping ku... Sedar atau tidak, kita berada di petengahan Syawal... Ya Allah, berakhirnya Ramadhan di sambut kemuliaan Syawal... Selamat Hari Raya buat hamba-hamba yang yang mencapai kemenangan Ramadhan... Maaf Zahir dan Batin aku hulurkan... Sambutlah tangan ku dengan penuh kemaafan... Ya Allah... Kau membuka mata ku tat kala kau mengambil nyawa sahabat ku di saat dia mahu meniti usia mencapai cita-cita nya... Terasa dekat diri ku dengan kematian mengingatkan dosa-dosa ku pada Mu... Aku akui kelemahan diri ku sebagai anak, sebagai sahabat, kekasih, dan hamba yang penuh dengan kekurangan... Aku insafi segala kejahilan ku, terimalah taubat ku ini... Ohh Tuhan ku, ampuni aku... Pada ma dan abah, fatin mintak maaf sekiranya tidak menjadi anak yang baek untuk kalian... Maaf atas segala kata-kata yang pernah menyinggung hati ma dan abah... Banyak dosa fatin pada kalian, maa.....abah.... fatin sayang ma dan abah sampai ke syurga... Terima kasih membesarkan fatin dengan baek, dengan penuh kasih sayang... Fatin tau betapa susahnya ma dan abah membesarkan anak-anak mu ini dengan serba kekurangan... Kite mengharungi semua itu bersama... Air mata ma, wajah abah mase kite susah dulu tak kan fatin lupekan... Maaf ma... Maaf atas segalanya... Jika anak mu ini telah menyakiti mu dalam sedar atau pun tidak... =( Buat dia... Aku da lakukan yang terbaik untuk kamu... Maaf atas segala kekurangan ku... Aku tau, aku banyak menyusahkan hidup kamu... Tapi aku tak minta untuk mencintai mu... Aku tak minta semua ini terjadi... Jika kehadiran aku dulu hanya membebankan kamu, tak mungkin aku ingin melihat mu terbeban... Terima kasih atas segala pengorbanan kamu untuk ku... Terima kasih menyayangiku sepenuh hati mu... Terima kasih menjaga ku dengan baik... Aku doakan kamu menemui jalan terbaik dan terus bahagia... Buat sahabat-sahabat ku... Terima kasih sentiasa berada di samping ku tak kita tika ku menangis atau gembira... Kak Mai, Bella, Sapik... thanks to be my friends... Aku tau, aku bukan sahabat yang baik... Tapi aku cube menyempurnakan persahabatan kita dengan keimanan... Maaf kan kekurangan dan kesalahan ku... Dan jika aku pergi dulu sebelum kamu...Izinkan aku mengahirinya dengan penuh ketenangan... Ya Allah... aku juga bukan lah hamba yang baek... Aku penuh dengan kejahilan... Jika kau ingin mengambil nyawa ku, titipkanlah keimanan dalam hati ku... MAAFKAN AKU...

Jumaat, 24 September 2010

UkHUwAH

Ya Allah,


sahabat saya buah hati saya.

Mesra kami penawar duka.

Rindu kami menambah
cinta.

Rajuk kami membuah ceria..

Ya Allah, silaturrahim kami, ukhuwwah fillah.

Bermusuh kami na'uzubllah.

Berpisah mati, InsyaAllah, Rahmati kami meniti usia.

Terpisah kami di alam nyata.

Temukan semula di Taman Syurga..

Aminnn...