Khamis, 11 November 2010

KhaTaM aL QuRaN


09 November 2010...

Salam penuh keberkatan buat diri ku yang sentiasa mencari kedamaian dan ketenangan dan para sahabat yang sedang berjuang untuk Fastabiqulkhairat ( berlumba - lumba ke arah kebaikan ). Alhamdulillah, besyukur aku ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya aku berkhatam untuk tahun ini.. Target aku untuk khatam pada setiap tahun masih diberi kesempatan dan insyaallah aku akan meneruskan sehingga penghujung nyawa ku.. Dan besar harapan ku ingin terus memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri ini untuk menjadi manusia yang wangi di sisi Allah.. Sempena hari khatam aL Quran ini aku sajikan dengan sedikit input yang aku dapat dari artikal yang aku rase boleh kite kongsikan bersama sebagai muhasabah diri..

Dah Berapa Kali?
" Apa yang da berapa kali? Soalan tak jelas la". Itu mungkin persoalan yang timbul saat melihat tajuk ini. Jika dijelaskan, maka soalannya berbunyi begini, "Dah berapa kali khatam aL Quran?" Ohh kini fahamlah.. Jika soalan ini ditanya, pasti pelbagai jawapan akan diberi. Ada yang tidak ingat sudah berapa kali khatam ada juga yang hanya sekali sahaja seumur hidup. Itupun waktu kecil dahulu yang sempat membuat majlis khatam beramai-ramai. Ada yang khatam setiap kali Ramadhan namun masih gagal mrngkhatamkan aL Quran di luar bulan Ramadhan. Tetapi bagi mereka yang khatam lebih daripada sekali setahun, maka tahniah!
aL Quran dapat dikhatamkan sekali setahun jika membaca aL Quran secara konsisten dua muka surat sehari sahaja. Mudah bukan? Namun masih ada yang memberi alasan kononnya tiada masa wal hal aL Quran tersinpan rapi selepas takbir raya bergema.
Dalam sebuah hadis riwayal al-Baihaqi dalam Dalailul Nabuwah, baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Malaikat akan mengucup kening orang yang khatam aL Quran." Malah sebaik khatam doa juga mustajab.

InsyaALLAH, Ameenn