Khamis, 11 November 2010

KhaTaM aL QuRaN


09 November 2010...

Salam penuh keberkatan buat diri ku yang sentiasa mencari kedamaian dan ketenangan dan para sahabat yang sedang berjuang untuk Fastabiqulkhairat ( berlumba - lumba ke arah kebaikan ). Alhamdulillah, besyukur aku ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya aku berkhatam untuk tahun ini.. Target aku untuk khatam pada setiap tahun masih diberi kesempatan dan insyaallah aku akan meneruskan sehingga penghujung nyawa ku.. Dan besar harapan ku ingin terus memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri ini untuk menjadi manusia yang wangi di sisi Allah.. Sempena hari khatam aL Quran ini aku sajikan dengan sedikit input yang aku dapat dari artikal yang aku rase boleh kite kongsikan bersama sebagai muhasabah diri..

Dah Berapa Kali?
" Apa yang da berapa kali? Soalan tak jelas la". Itu mungkin persoalan yang timbul saat melihat tajuk ini. Jika dijelaskan, maka soalannya berbunyi begini, "Dah berapa kali khatam aL Quran?" Ohh kini fahamlah.. Jika soalan ini ditanya, pasti pelbagai jawapan akan diberi. Ada yang tidak ingat sudah berapa kali khatam ada juga yang hanya sekali sahaja seumur hidup. Itupun waktu kecil dahulu yang sempat membuat majlis khatam beramai-ramai. Ada yang khatam setiap kali Ramadhan namun masih gagal mrngkhatamkan aL Quran di luar bulan Ramadhan. Tetapi bagi mereka yang khatam lebih daripada sekali setahun, maka tahniah!
aL Quran dapat dikhatamkan sekali setahun jika membaca aL Quran secara konsisten dua muka surat sehari sahaja. Mudah bukan? Namun masih ada yang memberi alasan kononnya tiada masa wal hal aL Quran tersinpan rapi selepas takbir raya bergema.
Dalam sebuah hadis riwayal al-Baihaqi dalam Dalailul Nabuwah, baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Malaikat akan mengucup kening orang yang khatam aL Quran." Malah sebaik khatam doa juga mustajab.

InsyaALLAH, Ameenn

Rabu, 20 Oktober 2010

mALaM iNi

Salam mujahadah buat insani yang dalam redhanya... Subahanallah... Tanpa aku sedar nikmat yang terlalu banyak aku peroleh dari Nya... Malam yang bertemankan sepi dan air mata tat kala hati ini dibuai buai dengan rindu yang tidak tertanggung kepada bonda dan ayahanda ku... Tanpa aku sedar air mata ini menitis mendengar suara abah ku yang sekian lama aku mimpikan... Kata-kata nasihatnya membuatkan aku sebak kerana mengenangkan mampukah aku menjadi anak yang boleh dibanggakan... Abah, terima kasih atas didikan mu...

LAHAULAWALAKUATAILLABILLAH
Ya ALLAH, sesungguhnya aku hamba mu yang ingin mendapatkan redhamu dalam mujahadah ini... Ya, Jalan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...
Bunga islam yang makin mekar di taman larangan, doa seorang sahabat buat ku... Terima kasih kak Mai mendoakan saya menjadi bunga islam yang mekar... Semoga saya diberi kekuatan dalam usaha memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan diri...
Mengenangkan amal yang dilakukan seperti setitik air di hujung jari... Astagfirullah... Ya Tuhan bawalah aku ke jalan mu... Semoga aku istiqamal dalam melakukan kebaikan... Aku mohon kebaikan untuk dunia ku dan akhirat ku....

ku merintih,
aku menangis,
ku meratap,
aku mengharap,
aku meminta,
dihidupkan semula,
agar dapat kembali ke dunia nyata.
aammeeenn...
LILLAHITAALA..

Selasa, 28 September 2010

KeMAaFaN

Tepat jam 5 petang... Pusing kiri pusing kanan... Ya Allah aku masih menggunakan nikmat mu untuk terus hidup di muka bumi mu... Salam penuh kasih sayang buat para sahabat ku yang sentiasa di samping ku... Sedar atau tidak, kita berada di petengahan Syawal... Ya Allah, berakhirnya Ramadhan di sambut kemuliaan Syawal... Selamat Hari Raya buat hamba-hamba yang yang mencapai kemenangan Ramadhan... Maaf Zahir dan Batin aku hulurkan... Sambutlah tangan ku dengan penuh kemaafan... Ya Allah... Kau membuka mata ku tat kala kau mengambil nyawa sahabat ku di saat dia mahu meniti usia mencapai cita-cita nya... Terasa dekat diri ku dengan kematian mengingatkan dosa-dosa ku pada Mu... Aku akui kelemahan diri ku sebagai anak, sebagai sahabat, kekasih, dan hamba yang penuh dengan kekurangan... Aku insafi segala kejahilan ku, terimalah taubat ku ini... Ohh Tuhan ku, ampuni aku... Pada ma dan abah, fatin mintak maaf sekiranya tidak menjadi anak yang baek untuk kalian... Maaf atas segala kata-kata yang pernah menyinggung hati ma dan abah... Banyak dosa fatin pada kalian, maa.....abah.... fatin sayang ma dan abah sampai ke syurga... Terima kasih membesarkan fatin dengan baek, dengan penuh kasih sayang... Fatin tau betapa susahnya ma dan abah membesarkan anak-anak mu ini dengan serba kekurangan... Kite mengharungi semua itu bersama... Air mata ma, wajah abah mase kite susah dulu tak kan fatin lupekan... Maaf ma... Maaf atas segalanya... Jika anak mu ini telah menyakiti mu dalam sedar atau pun tidak... =( Buat dia... Aku da lakukan yang terbaik untuk kamu... Maaf atas segala kekurangan ku... Aku tau, aku banyak menyusahkan hidup kamu... Tapi aku tak minta untuk mencintai mu... Aku tak minta semua ini terjadi... Jika kehadiran aku dulu hanya membebankan kamu, tak mungkin aku ingin melihat mu terbeban... Terima kasih atas segala pengorbanan kamu untuk ku... Terima kasih menyayangiku sepenuh hati mu... Terima kasih menjaga ku dengan baik... Aku doakan kamu menemui jalan terbaik dan terus bahagia... Buat sahabat-sahabat ku... Terima kasih sentiasa berada di samping ku tak kita tika ku menangis atau gembira... Kak Mai, Bella, Sapik... thanks to be my friends... Aku tau, aku bukan sahabat yang baik... Tapi aku cube menyempurnakan persahabatan kita dengan keimanan... Maaf kan kekurangan dan kesalahan ku... Dan jika aku pergi dulu sebelum kamu...Izinkan aku mengahirinya dengan penuh ketenangan... Ya Allah... aku juga bukan lah hamba yang baek... Aku penuh dengan kejahilan... Jika kau ingin mengambil nyawa ku, titipkanlah keimanan dalam hati ku... MAAFKAN AKU...

Jumaat, 24 September 2010

UkHUwAH

Ya Allah,


sahabat saya buah hati saya.

Mesra kami penawar duka.

Rindu kami menambah
cinta.

Rajuk kami membuah ceria..

Ya Allah, silaturrahim kami, ukhuwwah fillah.

Bermusuh kami na'uzubllah.

Berpisah mati, InsyaAllah, Rahmati kami meniti usia.

Terpisah kami di alam nyata.

Temukan semula di Taman Syurga..

Aminnn...

Rabu, 8 September 2010

Nak TAu KeNApa?? JuM Ke SiNi

Al Quran dah pun menjawab segala-galanya

KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Pesan Hasan Al-Banna: "Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak dari waktu yang tersedia, untuk itu bantulah saudaramu dalam menyelesaikannya serta sederhanakanlah apa yang bisa disederhanakan"

saat tak seorangpun paham perasaanmu, berlarilah padaNya.

In Every Good Deed Allah Will Help.

CinTA dAN AgaMA

Jangan pisahkan! Cinta dan agama seharusnya tidak kita pisahkan! Namun, begitu ramai sekali pasangan-pasangan yang menganggap kebahagiaan, kasih dan sayang tetap wujud di dalam sesebuah perhubungan walaupun mereka mengenepikan soal agama. Soal hukum, haram dan halal.

Ramai yang meninggalkan solat, tetapi mengharapkan kesetiaan di dalam percintaan. Ramai yang hidup mengumpat tetapi inginkan diri dicinta dengan tulus suci. Ramai yang mendengki tetapi mahu pasangannya jujur. Ramai yang melakukan maksiat sebelum kahwin kemudian bertanya,

"Mengapakah perkahwinan aku gagal?"


Ada pula, yang masih tiada jodoh di usia lanjut. Menyalahkan Tuhan kerana tidak menemukannya jodoh yang sesuai. Semua yang datang, busuk, hodoh, pendek, hitam...yang elok tak ada. Bertahun-tahun mengumpul duit dan bersedia untuk berkahwin tetapi Tuhan tak bawa-bawa jugak jodohnya. Dah berdoa setiap masa kepada Tuhan...walaupun tidak bersembahyang.

"Adilkah begini Tuhan buat kat aku??"


Ada juga yang sudah berkahwin, begitu sombong dengan Allah. Tinggalkan solat, aurat tidak dijaga, makan dan minum segala yang haram, langsung tidak menghormati agama sendiri! Kemudian, mengharapkan kesetiaan suami, menginginkan kebahagiaan hidup berkeluarga, tidak mahu dimadu, mahu dibelai selalu, disayangi dan dicintai suami...TETAPI, apabila semua itu tiada...semua itu tidak dapat dimilikinya...tanpa segan silu bertanya,

"Aku sudah berkahwin, hidup halal...apa lagi yang aku kena buat sehingga begini sekali nasibku?!"


Astargfirullahhanangazim! ...setakat itu sahajakah pengetahuan agama anda? Yang mana, apa yang anda perlu lakukan adalah yang asas sahaja...bukan yang berat-berat atau teramat susah dilakukan. HANYA ASAS AGAMA...itu pun tak terbuat??? Lepas tu tak malu pula bertanya...

"Apakah dosaku...apakah yang telah aku buat sehingga terseksa begini sekali??"



Masyaallah...dimanakah rasa hormat anda terhadap Tuhan anda sendiri? Ketahuilah...CINTA DAN AGAMA amat berkait rapat! Sesungguhnya jika tiada iman dan keberkatan di dalam sesebuah perhubungan maka penuhlah jin dan syaitan bertindih-tindih di bahu dan kepala anda. Terus-terusan memusing dan memulas otak dan fikiran anda dan pasangan anda ke arah kegagalan!

Ditambah pula dengan dosa-dosa anda yang sudah lama anda lakukan. Lagilah susah perhubungan anda atau sesebuah perkahwinan untuk kekal lama apabila disulam dengan BALA DARI TUHAN. Bala darinya, boleh jadi, menghilangkan rasa kasih, menggelapkan mata dan fikiran dari ada rasa cinta. Jadi elaklah dari kecelakaan ini dengan mulai bertaubat. Bala darinya, tidak akan turun esok atau lusa...ianya mungkin setelah 10-15 tahun barulah anda merasakannya. Dan di saat itu, anda menyangka yang anda sudah terlepas. Hmmm...

Dijauhkan dan dilambatkan jodoh juga adalah salah satu bala dari Tuhan. Jangan ingat anda tidak bertemu jodoh kerana Tuhan saja-saja tak nak bagi anda kahwin. Ianya berkait rapat dengan dosa-dosa yang telah lama anda lakukan. Jadi, tiada jalan lain selain daripada taubat nasuha!

Sembahyang taubat dan berdoalah dengan Allah swt. Tiada gunanya doa itu jika tidak disertai dengan solat 5 waktu yang utama. Kita selalu minta dengannya, "Minta murah rezeki, dipanjangkan umur...mengapa tidak kita minta, dikekalkan kasih dan sayang? mengapa tidak kita minta dicintai dengan tulus suci?" Tetapi wajiblah kita mendahului Allah terlebih dahulu dan Insyaallah, Tuhan akan lebih dahulukan lagi kita pula.

Wasalam
.


10 PeRKarA meMBuATkAn oTak Anda RosAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

pesanan : sayangilah otak anda

IkUti CeriTa iNi =)

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Ahad, 5 September 2010

BuAt PaRA HaTi


Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.
Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.
Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.
Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.
Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.
Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah wahai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu,
akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA,
adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Doa DaLAm LaGu

INSYAALLAH

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3
Insya Allah we'll finf the way

Maher Zain

Sabtu, 21 Ogos 2010

TaNGisAn DuHa

Salam usrah buat diri ini dan sekalian hamba yang singgah di layar ku... Jiwa begetar hati gemuruh tat kala mendengar laungan kebesaran mu... Hari yang indah dengan curahan cahaya matahari mu, siulan burung berkicauaan seperti mengerti hebatnya ciptaan mu Ya Allah... Aku terjaga dari lena, waktu menunjukkan jan 10.40 pagi... Aku bingkas bangun dan mengemas apa yang patut... Ku tinggalkan sahabat ku yang masih dalam mimpi dan terus naik ke bilik ku di tingkat 4... Baru aku teringat aku tak solat subuh pagi tadi... Astaghfirullahalazim... Mohon keampunan dari mu Ya Allah... Terasa akan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup aku ari ni... Permulaan hari yang kurang sempurna... Aku serahkan segalanya pada maha berkuasa... Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mandi membersihkan diri dan mengambil wuduq... Selepas aku menunaikan solat sunat duha air mata ini tanpa dipaksa jatuh bercucuran tat kala aku bersujud padaNya... Tangisan ku membasahi sejadah cinta... Ya Allah ampunkan segala dosa ku meninggalkan kewajipan ku sebagai hamba mu yang sentiasa alpa... Bisa aku teringat pada hamba mu itu... Membuat kan aku terus terusan rasa di bebani dengan perasaan ini... Ya Allah berdosanya aku merindui sesuatu yang bukan halal bagi ku... Sesungguhnya aku jahil mohon taubat dari mu... Aku tak mampu berselindung dari mu... Berikanlah apa yang baek untuk ku dan jauhkan segala yang bukan milik ku walaupun hati ini menginginkannya... Sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk dunia ku dan akhirat ku... Buat sahabat-sahabat ku yang laen... Tiada niat untuk menghancurkan niat kalian... Aku mengerti keiklasan mu tapi berilah masa untuk kita semua bermujahid ke jalan Allah... Aku sendiri tidak cukup sempurna buat kalian... Berilah aku peluang memperbaiki kesilapan dan kelemahan ku... Untuk mencari kesempurnaan dalam diri ku pastinya kamu tk kn menjumpainya... Yakinlah 3 perkara yang telah ditetapkan oleh Allah semenjak kalian berade enam bulan dalam kandungan iaitu , ajal mu, rezeki mu dan jodoh mu... Yup, aku memang dihimpit rasa bersalah... Tapi yakinlah bahawa kalian sahabat ku dunia akhirat... Insyaallah... Buat hati hati itu, mohon restui pendirian ku... Subahallah... Permudahkan jalan buat ku Ya Tuhan... Ameenn...

Khamis, 19 Ogos 2010

HaKIkAt SeOrANg WanITa

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

Isnin, 16 Ogos 2010

jOM tERawIKh

Assalamualaikum buat diri ku dan para hamba yang sedang membuka mata meniti hari menuju destinasi yang pastinya dalam perancangan kita... Segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati - hati kami , maka dengan nikmatnya jadilah kami bersaudara... Syukran Ya Ilahi kerana di berikan kesempatan untuk terus berdiri di atas bumi Tuhan mengabdikan diri pada yang maha pencipta ku , menjatuhkan kepala sujud pada yang maha suci membesarkan keagunganNya... Alhamdulillah , dapat juga aku ke masjd menunaikan terawikh selepas pelbagai tundaan yang terjadi... Damailah hati ku tika bacaan di laungkan... Mostly time2 mcm ni g terawikh dengan ma... Tapi da due tahun tak berkesempatan nk buat cam tu... Bersyukur la masih ade sahabat yang ingin menuji Mu Ya Allah... Jadi saya di sini menyeru teman teman tersayang agar kite memanfaatkan bulan yang mulia ini mendekatkan diri dengaNya... Tiada satupun kerugiaan yang kite peroleh daripada mencari jalan menuju kebesaran Ilahi... Sama - sama lah kite menuntut keredhaanNya... Insyaallah... Tiada yang sia - sia bagi orang yang menuju keimanan... Ameen...

Ahad, 15 Ogos 2010

AkU HaLAlKaN...

Mencari duha... Salam ukhwah dari hamba yang masih berdiri mendongak ke langit mengagumi kebesaran ilahi... Nak kate hari malang bagi aku ari ni , difikirkan kembali ade manusia yang mungkin lebih malang dari aku... Tapi as a human i thought this is a reality that everyone can fell like me!! Nak marah sape??? Salahkan sape??? Tepuk dade tanyelah hati... Yang pastinye ini adalah takdir buat aku ari ni... Aku disamun dalam bus... Bila dan ketike tu aku tak pasti kerane nyenyak tido di dalam bus... Haaaiii lah manusia durjana bulan baek ari baek ni kau menambahkan dose... Tulah orang kate... Rambut same hitam hati laen2... Tak sangkenye dalam pade baek mcm gitu kau memasang niat tidak elok kat aku ni... Tapi ikhlas hati ku, aku halalkan apa yang kau ambik dari aku... Tidak mahu ape yang kau ambil itu menjadi darah daging yang akan membusuk dalam hati kau... Tapi tindakan yang kau buat tu urusan kau dengan Allah... Segerakanlah taubat mu kerana Allah maha pengampun dan aku doakan kau manusia agar diberi jalan petunjuk menuju taubatan nasuha... Ingatlah bahawa hidup ini penuh dengan balasan... Takutkanlah hati mu pada azabnya... Kepada hamba Allah yang laennye , janganlah kau menzalimi dirimu sendiri... Apapun yang terjadi ari ni , aku pasrah!!

PuLaNG kE TaMan ILmu

Salam pengharapan buat diri ini dan para manusia yang menjejakkan mata pada pelayar ku... Alhamdulillah , diberikan kesempatan untuk berpuasa besame same kelurga tecinta di pondok usang ini... Tibalah masa buat ku untuk pulang ke taman ilmu yang jauh di sana... Meneruskan perjalanan sebagai mahasiswi USM yang bagi ku sangat besar tanggungjawabnya... Tiga hari besama yang tersayang tak sempat aku membilangnya... Bila ada pertemuan pasti adanya perpisahan... Dan tiap perpesihan itu pastinya di iringi doa... Ya Tuhan , ku panjatkan doa agar kau memberkati keluarga ku yang sentiasa berada di bawah perlindungan mu... Maaf buat teman2 yang tak sempat untuk bertemu... Jauh di sudut hati ku ingin bertemu kalian tapi ALLAH lebih mengatahui rencana kita... Insyaallah akan kita dipertemukan dalam ukhwah perjalanan... Ya...mulakan semangat baru dan semoga ALLAH permudahkan perjalananku dalam usaha mencari keberkatan dunia akhirat.... Ameen..

Jumaat, 13 Ogos 2010

siApa Dia??

Subahanallah... Siapakah hamba Allah itu... Tat kala aku membuka mata , besyukur dengan denyut nadi yang masih berdetik aku dibacakan dengan satu msg yang aku sendiri tidak tahu siapakah pengirimnya... Yang pasti aku sangat tersentuh dan bedebar bila membacakan msg itu... ' Ya Allah , wanita yang membaca ini adalah wanita yang cantik , kuat , sabar dan saya menyayanginya. Ampunkan dosanya dan tingkatkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah , selamatkan dia. Amin..' Inilah yang hamba Allah itu sampaikan... Terdetik dalam hati ku ingin tahu siapakah dia tapi aku meletakkan takdir pada yang lebih berkuasa... Bialah dia terus menjadi pemilik mesteri hati ku kerana jujurnya aku terbuka bila membacakan kata2 tersebut... Sama ada ia lahir dari hati atau sekadar copy and paste... Hehe... Lagi sekali hamba Allah itu mengirimkan msg mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada ku... Dengan ikhlas aku membalasnya... Ya Allah...yang maha mengetahui sedangkan pengetahuan ku terbatas dek kerna jahilnya aku... Siapakah dia hanya menjadi rahsiamu Ya Allah... Aku titipkan doa agar dia sentiasa dirahmati dan menjadi hamba pilihan mu... Amen...

alHaMduLiLLaH

Syukur Alhamdulillah kerane ALLAH telah beri ku kesempatan sekali lagi untuk terus mencoret di dada bloger ini... Ape yang ingin aku titipkan bukan sesuatu yang menarik cuma jiwa ku meronta kebahagiaan tat kala aku berade di sisi ma abah dan semua... Syukur sekali lagi kerana semuanya sihat2 belaka dan tiada apa yang di beratkan... AHLAN YA RAMADHAN... Sedar tdk sedar da tiga hari kita berpuasa di atas bumi Tuhan... Tiada sebesar kata yang ingin aku panjatkan kepada maha pencipta kerana nadi yang dipinjam aku dariNYA masih berdenyut menyambut bulan mulia ini... SYUKRAN YA ILAHI... Moga ramadhan ini membawa barokah kepada aku dan teman2 tersayang... Insyaallah di berikan kekuatan menjalaninye dengan penuh barokah... Ameenn...

Rabu, 19 Mei 2010

16 MEI 2010




Alhamdulillah... Sekali lagi tuhan izinkan keluarga aku berkumpul bersame... Abg ngah, kakak, abg sume balik untuk same2 menggembirekan ma ngan abah... Mungkin ni yang ma ngan abah tunggu2... Ade sume anak2 n cucu2 depan mate... Walaupun jarang dapat berkumpul macam ni tp kami seboleh boleh menghabiskan mase bersame... 16 mei... Acctually ari guru buat k.long n kakak aku... Tak lupe jugak happy befday buat anak buah kesayangan ku, SARAH UMAIRAH yang ke 5 tahun... mcm2 adiah dapat kan... Buat aqil, syabil n awish pun dapat adiah jgk... Heheheh... Aku?? sape yang nk bg adiah ni?? 1 journey 1 family... Hahaha.. G taman buaye... Masuk rumah antu yang tak menakut kn, tp si kecik tu sume ketakutan... Than g makan kat taman botanica... Makanan supply sendiri dari ma... Waaa ma masak mcm2 untuk anak2 n cucu2 die... Ma, ank2 mu tahu besarnye pengurbanan mu... Maaf ma kalu kamii selalu menyakiti mu... Than baru g theme park... Waaa.... bermandi manda... Kelakanye aku nih le tesangkut katpuncak gelongso aor yg tinggi tu... Hahahha.. Sangat ketakutan...But the second fighting aku mendahului abg , kakak dan adik ku... Serunnuukkk.... Pastu kami g beli baju raya... Waaa tk pose lg da beli bj raya... Tema taun ni... Plaening... Hihiih tiada bunga2 lagi dah... masa untuk menempah pulak ni... hummm... Syukur alhamdulillah kerana tuhan bagi aku keluarga yang membahagiakan... Susah senang kite tetap besame... Cukup la pe yang kite lalui dulu... Mase untuk wat ma ngan abah bahagie... Ya Allah lindungi keluarga ku... Amieennn....

Jumaat, 14 Mei 2010

aksi ku di trek...








Hehehe... ni la saat-saat yang membuatkn diri aku ni bedebar-debar menanti laungan pistol... Huh!!! lame da aku tak rasekan debaran tu... Tapi syukur Alhamdulillah sumenye berakhir dengan jayanya... Pingat pertama untuk Desasiswa Fajar Harapan... Aku merangkul 2 perak dalam acara 100m lari berpagar dan lopat kijang... Hahaha, kaki ku mengalami injury yang agak serius but sekrang ok da pun... Insyaallah target untuk sidang depan... MASUM and the other tournement... thanks to Bella, Abg Epull and Capiq yang menemani aku dari traning hinggelah hari pertandingan hingge kehabisan suara... Tak lupe jgk pada teman ku yang sudi datang untuk support me... Thanks a lot... I try to fighting u... Hehehe...

ini cinta...

Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ungkapan manis dari bibir, tapi ia tertumpah dari seseorang kepada seseorang dalam doanya. Cinta dalam doa , doa dalam dalam hati, hati dalam jiwa, jiwa dalam rasa, rasa dalam diri, diri dalam hidup, hidup dalam iman... Berdoalah agar cinta kamu hanya kepada orang yang mencinta maha pencipta mu...

Khamis, 13 Mei 2010

hati...


Assalamualaikum buat diri ini yang sentiasa mencari kekuatan di dalam kelemahan... Hati, moga kau terus tabah menghadapi liku-liku hidup ini... Akan ku didik mu tegar dengan badai lautan yang penuh dengan cubaan duniawi... Akan ku didik mu mencintai kedamaian... Akan ku didik mu mentaati maha pencipta ku... Subahanallah, wahai hati.......... bukan nya Tuhan mu tidak tahu sakitnya hati mu itu, bukan nya Tuhan mu tidak tahu kecewanya jiwa mu itu, bukan nya tuhan mu tidak tahu sarat nya diri mu menanggung derita, bukan nya Tuhan mu tidak tahu peritnya hidup mu, bukan nya Tuhan mu tidak tahu retak nya harapan mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, pasti akan damailah hati mu kerana tak kanlah Tuhan mu sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Kerana itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengan Nya... ALLAH HUAKBAR...

Selasa, 11 Mei 2010

the reason??



Did need a reason to create the blogger?? Hahahaha... Ia bermula apabila aku nie terasa bosan di rumah.. Cuba mencari sesuatu yang mungkin boleh di manfaatkan dikala cuti menjelma... Mungkin ada sesuatu yang boleh aku lakarkan melalui penulisan ku... Debunga hati?? The title of the blogger... Huhuhuh... Tak semena mena nama tu terlintas difikiran ku... Debunga yang mengikut kefahaman aku sebagai benih... Hati adalah sesuatu yang hidup dalam diri ku... Terima kasih YA ALLAH kerana penciptaan mu tentang hati... Benih Hati... Di siram, di jaga, di baja menjadi raja... Raja yang membawa kepada kecintaan maha pencipta ku.... ALLAH...