Rabu, 8 September 2010

CinTA dAN AgaMA

Jangan pisahkan! Cinta dan agama seharusnya tidak kita pisahkan! Namun, begitu ramai sekali pasangan-pasangan yang menganggap kebahagiaan, kasih dan sayang tetap wujud di dalam sesebuah perhubungan walaupun mereka mengenepikan soal agama. Soal hukum, haram dan halal.

Ramai yang meninggalkan solat, tetapi mengharapkan kesetiaan di dalam percintaan. Ramai yang hidup mengumpat tetapi inginkan diri dicinta dengan tulus suci. Ramai yang mendengki tetapi mahu pasangannya jujur. Ramai yang melakukan maksiat sebelum kahwin kemudian bertanya,

"Mengapakah perkahwinan aku gagal?"


Ada pula, yang masih tiada jodoh di usia lanjut. Menyalahkan Tuhan kerana tidak menemukannya jodoh yang sesuai. Semua yang datang, busuk, hodoh, pendek, hitam...yang elok tak ada. Bertahun-tahun mengumpul duit dan bersedia untuk berkahwin tetapi Tuhan tak bawa-bawa jugak jodohnya. Dah berdoa setiap masa kepada Tuhan...walaupun tidak bersembahyang.

"Adilkah begini Tuhan buat kat aku??"


Ada juga yang sudah berkahwin, begitu sombong dengan Allah. Tinggalkan solat, aurat tidak dijaga, makan dan minum segala yang haram, langsung tidak menghormati agama sendiri! Kemudian, mengharapkan kesetiaan suami, menginginkan kebahagiaan hidup berkeluarga, tidak mahu dimadu, mahu dibelai selalu, disayangi dan dicintai suami...TETAPI, apabila semua itu tiada...semua itu tidak dapat dimilikinya...tanpa segan silu bertanya,

"Aku sudah berkahwin, hidup halal...apa lagi yang aku kena buat sehingga begini sekali nasibku?!"


Astargfirullahhanangazim! ...setakat itu sahajakah pengetahuan agama anda? Yang mana, apa yang anda perlu lakukan adalah yang asas sahaja...bukan yang berat-berat atau teramat susah dilakukan. HANYA ASAS AGAMA...itu pun tak terbuat??? Lepas tu tak malu pula bertanya...

"Apakah dosaku...apakah yang telah aku buat sehingga terseksa begini sekali??"



Masyaallah...dimanakah rasa hormat anda terhadap Tuhan anda sendiri? Ketahuilah...CINTA DAN AGAMA amat berkait rapat! Sesungguhnya jika tiada iman dan keberkatan di dalam sesebuah perhubungan maka penuhlah jin dan syaitan bertindih-tindih di bahu dan kepala anda. Terus-terusan memusing dan memulas otak dan fikiran anda dan pasangan anda ke arah kegagalan!

Ditambah pula dengan dosa-dosa anda yang sudah lama anda lakukan. Lagilah susah perhubungan anda atau sesebuah perkahwinan untuk kekal lama apabila disulam dengan BALA DARI TUHAN. Bala darinya, boleh jadi, menghilangkan rasa kasih, menggelapkan mata dan fikiran dari ada rasa cinta. Jadi elaklah dari kecelakaan ini dengan mulai bertaubat. Bala darinya, tidak akan turun esok atau lusa...ianya mungkin setelah 10-15 tahun barulah anda merasakannya. Dan di saat itu, anda menyangka yang anda sudah terlepas. Hmmm...

Dijauhkan dan dilambatkan jodoh juga adalah salah satu bala dari Tuhan. Jangan ingat anda tidak bertemu jodoh kerana Tuhan saja-saja tak nak bagi anda kahwin. Ianya berkait rapat dengan dosa-dosa yang telah lama anda lakukan. Jadi, tiada jalan lain selain daripada taubat nasuha!

Sembahyang taubat dan berdoalah dengan Allah swt. Tiada gunanya doa itu jika tidak disertai dengan solat 5 waktu yang utama. Kita selalu minta dengannya, "Minta murah rezeki, dipanjangkan umur...mengapa tidak kita minta, dikekalkan kasih dan sayang? mengapa tidak kita minta dicintai dengan tulus suci?" Tetapi wajiblah kita mendahului Allah terlebih dahulu dan Insyaallah, Tuhan akan lebih dahulukan lagi kita pula.

Wasalam
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan