Salam usrah buat diri ini dan sekalian hamba yang singgah di layar ku... Jiwa begetar hati gemuruh tat kala mendengar laungan kebesaran mu... Hari yang indah dengan curahan cahaya matahari mu, siulan burung berkicauaan seperti mengerti hebatnya ciptaan mu Ya Allah... Aku terjaga dari lena, waktu menunjukkan jan 10.40 pagi... Aku bingkas bangun dan mengemas apa yang patut... Ku tinggalkan sahabat ku yang masih dalam mimpi dan terus naik ke bilik ku di tingkat 4... Baru aku teringat aku tak solat subuh pagi tadi... Astaghfirullahalazim... Mohon keampunan dari mu Ya Allah... Terasa akan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup aku ari ni... Permulaan hari yang kurang sempurna... Aku serahkan segalanya pada maha berkuasa... Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mandi membersihkan diri dan mengambil wuduq... Selepas aku menunaikan solat sunat duha air mata ini tanpa dipaksa jatuh bercucuran tat kala aku bersujud padaNya... Tangisan ku membasahi sejadah cinta... Ya Allah ampunkan segala dosa ku meninggalkan kewajipan ku sebagai hamba mu yang sentiasa alpa... Bisa aku teringat pada hamba mu itu... Membuat kan aku terus terusan rasa di bebani dengan perasaan ini... Ya Allah berdosanya aku merindui sesuatu yang bukan halal bagi ku... Sesungguhnya aku jahil mohon taubat dari mu... Aku tak mampu berselindung dari mu... Berikanlah apa yang baek untuk ku dan jauhkan segala yang bukan milik ku walaupun hati ini menginginkannya... Sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk dunia ku dan akhirat ku... Buat sahabat-sahabat ku yang laen... Tiada niat untuk menghancurkan niat kalian... Aku mengerti keiklasan mu tapi berilah masa untuk kita semua bermujahid ke jalan Allah... Aku sendiri tidak cukup sempurna buat kalian... Berilah aku peluang memperbaiki kesilapan dan kelemahan ku... Untuk mencari kesempurnaan dalam diri ku pastinya kamu tk kn menjumpainya... Yakinlah 3 perkara yang telah ditetapkan oleh Allah semenjak kalian berade enam bulan dalam kandungan iaitu , ajal mu, rezeki mu dan jodoh mu... Yup, aku memang dihimpit rasa bersalah... Tapi yakinlah bahawa kalian sahabat ku dunia akhirat... Insyaallah... Buat hati hati itu, mohon restui pendirian ku... Subahallah... Permudahkan jalan buat ku Ya Tuhan... Ameenn...Sabtu, 21 Ogos 2010
TaNGisAn DuHa
Salam usrah buat diri ini dan sekalian hamba yang singgah di layar ku... Jiwa begetar hati gemuruh tat kala mendengar laungan kebesaran mu... Hari yang indah dengan curahan cahaya matahari mu, siulan burung berkicauaan seperti mengerti hebatnya ciptaan mu Ya Allah... Aku terjaga dari lena, waktu menunjukkan jan 10.40 pagi... Aku bingkas bangun dan mengemas apa yang patut... Ku tinggalkan sahabat ku yang masih dalam mimpi dan terus naik ke bilik ku di tingkat 4... Baru aku teringat aku tak solat subuh pagi tadi... Astaghfirullahalazim... Mohon keampunan dari mu Ya Allah... Terasa akan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup aku ari ni... Permulaan hari yang kurang sempurna... Aku serahkan segalanya pada maha berkuasa... Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mandi membersihkan diri dan mengambil wuduq... Selepas aku menunaikan solat sunat duha air mata ini tanpa dipaksa jatuh bercucuran tat kala aku bersujud padaNya... Tangisan ku membasahi sejadah cinta... Ya Allah ampunkan segala dosa ku meninggalkan kewajipan ku sebagai hamba mu yang sentiasa alpa... Bisa aku teringat pada hamba mu itu... Membuat kan aku terus terusan rasa di bebani dengan perasaan ini... Ya Allah berdosanya aku merindui sesuatu yang bukan halal bagi ku... Sesungguhnya aku jahil mohon taubat dari mu... Aku tak mampu berselindung dari mu... Berikanlah apa yang baek untuk ku dan jauhkan segala yang bukan milik ku walaupun hati ini menginginkannya... Sesungguhnya kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk dunia ku dan akhirat ku... Buat sahabat-sahabat ku yang laen... Tiada niat untuk menghancurkan niat kalian... Aku mengerti keiklasan mu tapi berilah masa untuk kita semua bermujahid ke jalan Allah... Aku sendiri tidak cukup sempurna buat kalian... Berilah aku peluang memperbaiki kesilapan dan kelemahan ku... Untuk mencari kesempurnaan dalam diri ku pastinya kamu tk kn menjumpainya... Yakinlah 3 perkara yang telah ditetapkan oleh Allah semenjak kalian berade enam bulan dalam kandungan iaitu , ajal mu, rezeki mu dan jodoh mu... Yup, aku memang dihimpit rasa bersalah... Tapi yakinlah bahawa kalian sahabat ku dunia akhirat... Insyaallah... Buat hati hati itu, mohon restui pendirian ku... Subahallah... Permudahkan jalan buat ku Ya Tuhan... Ameenn...Khamis, 19 Ogos 2010
HaKIkAt SeOrANg WanITa
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.